Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Cawangan PBS Limbahau diminta adakan AGM sebelum 7 Mac
Published on: Tuesday, February 22, 2022
Published on: Tue, Feb 22, 2022
Text Size:
Text:
Cawangan PBS Limbahau diminta adakan AGM sebelum 7 Mac
PAPAR: Ketua Parti Bersatu Sabah (PBS) Limbahau Datuk Johnny Mositun menggesa semua cawangan di bahagian itu untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) masing-masing dalam tempoh dua minggu akan datang.

Beliau berkata mesyuarat cawangan parti mesti diadakan selewat-lewatnya pada 7 Mac kerana mesyuarat agung tahunan parti dijangka diadakan pada penghujung Mac tahun ini.

Advertisement
“Memandangkan tahun ini merupakan tahun pemilihan parti, saya ingin mengingatkan semua pemimpin dan ahli bahagian supaya sentiasa mendukung semangat setiakawan sesama mereka,” katanya pada satu mesyuarat dengan ketua-ketua PBS Limbahau di Dewan Serbaguna Mositun, di Sungkadon di sini, Ahad.

Mositun yang juga Pegawai Pembangunan Masyarakat Limbahau turut menggesa semua pemimpin dan anggota bahagian itu untuk  meningkatkan kekuatan di peringkat cawangan agar dapat terus menyokong dan membantu kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam program-programnya untuk membangunkan negeri ini.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ini khususnya bagi halatuju Sabah Maju Jaya, katanya.

“Kita ialah saluran penyebaran dasar serta program kerajaan kepada rakyat. Oleh itu kita, PBS Limbahau harus berusaha untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasan ini dengan baik,” katanya.

Advertisement
Mengenai pemilihan di peringkat bahagian, Mositun berkata semua jawatan termasuk ketua bahagian terbuka untuk dipertandingkan.

Beliau turut menggesa pemimpin bahagian menjalankan kempen keahlian bagi menarik lebih banyak minat daripada kalangan generasi muda untuk menyertai PBS.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here