Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Beri 35 peratus kerusi kepada Sabah, Sarawak
Published on: Wednesday, February 23, 2022
Published on: Wed, Feb 23, 2022
Text Size:
Text:
Beri 35 peratus kerusi kepada Sabah, Sarawak
Kota Kinabalu: Negeri-negeri Borneo mesti mengekalkan dan memegang sekurang-kurangnya 35 peratus kerusi Parlimen bagi melindungi hak dan keistimewaan Sabah dan Sarawak.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata peratusan kerusi yang diperuntukkan kepada Singapura seharusnya menjadi justifikasi untuk Sabah dan Sarawak diberi lebih banyak kerusi.

Advertisement
Buat masa ini, Sabah hanya mempunyai 25 kerusi manakala Sarawak mempunyai 31 dengan jumlah keseluruhan 56 atau 25 peratus daripada keseluruhan 222 kerusi parlimen. Pada pilihan raya umum 1964, Sabah, Sarawak dan Singapura mempunyai 55 kerusi daripada 159 kerusi parlimen iaitu gabungan 35 peratus daripada jumlah kerusi.

“Di Sabah, perwakilan ini diburukkan lagi dengan hakikat bahawa majoriti kerusi dipegang oleh parti-parti berpangkalan di Malaya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Bolehkah kita memastikan hak perlembagaan kita akan dilindungi sedangkan kita tahu bahawa Ahli Parlimen wajib mengundi mengikut pendirian parti mereka mengenai isu-isu biarpun ia menjejaskan Sabah dan Sarawak?,” he said dalam kenyataan di sini, Isnin.

Timbalan Ketua Menteri berkata, sebab itu beliau menyokong pendirian kerajaan Sarawak yang berkata mereka akan terus menuntut satu pertiga daripada kerusi parlimen seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Advertisement
Jeffrey berkata Star selama ini menuntut perkara tersebut malah sebelum ia berkuasa dan akan terus berbuat demikian sehingga misinya selesai.

“Malah, ini juga telah dimasukkan dalam manifesto parti. Kami tidak akan berputus asa dalam tuntutan kami untuk hak ini dan pemulihan kuasa veto kami di Parlimen,” katanya.

Advertisement
Jeffrey berkata, sebagai ahli Jawatankuasa Kerja MA63, beliau akan memastikan tuntutan ini diutamakan sebagai salah satu hak kritikal yang mesti dikembalikan kepada Sabah dan Sarawak.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here