TAWAU: Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID) akan meneliti isu berkaitan buruh kilang industri perkayuan yang kini terpaksa beroperasi di bawah kapasiti penuh berikutan kekurangan tenaga kerja.Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri MID, Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata, beberapa kilang dilaporkan terpaksa beroperasi pada 50 peratus kapasiti sahaja dan isu itu telah menjejaskan produktiviti kilang sejak kebelakangan ini.





