Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Pegawai Imigresen didenda RM7,000 kerana rasuah
Published on: Wednesday, February 23, 2022
Published on: Wed, Feb 23, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Pegawai Imigresen didenda RM7,000 kerana rasuah
Bantu warga asing untuk mendapatkan sijil cop keluar masuk
Kota Kinabalu: Seorang pegawai Imigresen berumur 31 tahun yang membantu warga asing untuk mendapatkan sijil cop keluar masuk bagi dokumen perjalanan warga asing tanpa mematuhi undang-undang, didenda sejumlah RM7,000 atas dua pertuduhan rasuah.

Sapie Samsudin mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat, atas dua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya pada Selasa.

Advertisement
Untuk pertuduhan pertama, Sapie yang berkhidmat sebagai pegawai Imigresen Gred KP19 di Jabatan Imigresen di bangunan Sultan Iskandar di Johor Bahru, didenda RM4,000 atau dua bulan penjara kerana menerima rasuah RM6,240 daripada Mohd Azril Azizan, 39 , untuk mendapatkan sijil cop keluar dan masuk pada pasport warga asing tanpa perlu meninggalkan Malaysia.

Jenayah itu berlaku antara 10 Mei, 2018 dan 30 Disember, 2018 di Maybank Islamic Berhad di Semporna.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagi pertuduhan kedua, dia diperintahkan membayar denda lagi RM3,000 atau sebulan penjara kerana menerima rasuah RM2,880 lagi daripada orang sama untuk tujuan sama, antara 22 Mac, 2019 dan 7 April, 2019 di Maybank Islamic Berhad di Semporna.

Pertuduhan menyatakan Sapie melanggar peruntukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mempromosikan integriti dan tanggungjawab pentadbiran sektor awam serta gagal melaporkan kesalahan rasuah kepada SPRM.

Advertisement
Kesalahan di bawah Seksyen 25(1) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25(2) Akta sama itu membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan .

Semasa mitigasi, peguam Arthur Borine yang mewakili Sapie, merayu hukuman ringan dengan mengatakan anak guamnya sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak.

Advertisement
Arthur memberitahu mahkamah Sapie benar-benar menyesal atas kesalahannya dan ia merupakan kesalahan pertamanya.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa SPRM Norsham Saharom menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi amaran bukan sahaja kepada Sapie tetapi penjawat awam. Norsham berkata kesalahan yang dilakukan Sapie itu membabitkan keselamatan negara yang mana dia memperoleh wang daripada seorang ejen selepas menurunkan cop keluar masuk pada dokumen perjalanan warga asing dan ini boleh mendatangkan ancaman kepada negara.

Beliau seterusnya berkata terdapat kemungkinan kesalahan tertuduh membenarkan penjenayah atau pengganas asing menyelinap masuk ke negara ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here