Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Lelaki didakwa pecah amanah RM8,979.35
Published on: Wednesday, February 23, 2022
Published on: Wed, Feb 23, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki didakwa pecah amanah RM8,979.35
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 33 tahun didakwa melakukan pecah amanah jenayah membabitkan wang berjumlah RM8,979.35.

Jamal Amdus mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, terhadap pertuduhan ke atasnya itu.

Advertisement
Jamal didakwa melanggar amanah yang diberikan kepadanya sebagai penolong penyelia yang diamanahkan dengan hasil jualan berjumlah RM7,120.35 pada 9 Disember, 2019 dan RM1,859 pada 10 Disember, 2019, dengan tidak memasukkan wang itu ke dalam akaun MR DIY Sdn Bhd.

Kesalahan itu didakwa berlaku pukul 12.55 tengah hari pada 10 Disember, 2019 di Mr D.I.Y Plaza Wawasan, di sini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara setahun hingga 14 tahun, dan sebatan, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 24 Mac untuk sebutan melalui Zoom sementara menunggu pelantikan peguam.

Advertisement
Jamal dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 beserta dua orang penjamin sementara menunggu tarikh itu.

Timbalan Pendakwa Raya Mas Izzaty Lokman tampil untuk pendakwaan manakala Jamal tidak diwakili peguam.

Advertisement
Sementara itu, mahkamah menetapkan 2 Mac ini untuk e-review kes seorang lelaki berumur 33 tahun yang didakwa atas dua pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah membabitkan sejumlah RM25,689.15.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim menetapkan tarikh itu untuk Jerome Harry Dominic, untuk Timbalan Pendakwa Raya mendapatkan penyata akaun bank syarikat itu. Bagi pertuduhan pertama, Jerome didakwa melanggar amanah yang diberikan kepadanya sebagai penolong pengurus Bataras Mall yang diamanahkan dengan hasil jualan harian berjumlah RM16,044.15 yang sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun syarikat tetapi tidak berbuat demikian.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 11.30 pagi dan tengah hari pada 10 Februari 2021 di Bataras Mall di Telipok Ria, Tuaran.

Untuk pertuduhan kedua, Jerome didakwa melakukan kesalahan itu yang mana dia diamanahkan dengan satu lagi hasil jualan harian sebanyak RM9,645 tetapi dia tidak memasukkan wang tersebut ke dalam akaun syarikat di tempat dan masa sama pada 11 Februari 2021.

Mahkamah melanjutkan jaminan yang ditawarkan kepada Jerome sementara menunggu tarikh itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here