Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Wanita didakwa atas pelbagai pertuduhan
Published on: Thursday, February 24, 2022
Published on: Thu, Feb 24, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Wanita didakwa atas pelbagai pertuduhan
Terbabit insiden kejar kereta dengan polis
Kota Kinabalu: Seorang wanita berumur 34 tahun, yang terbabit dalam insiden kejar-mengejar kereta berkelajuan tinggi dan berbahaya dengan polis, yang tular dalam klip video di sini baru-baru ini, didakwa atas pelbagai pertuduhan termasuk mengambil dadah di Mahkamah Majistret.

Penganggur Martini Abdul Ghani didakwa atas empat pertuduhan mencuri sebuah kenderaan, memandu kenderaan secara berbahaya, menghalang anggota polis daripada menjalankan tugas, dan mengambil dadah antara 12 Februari dan 14 Februari, di lokasi berasingan di sini.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama, Martini didakwa mencuri kenderaan jenis Toyota Hilux hitam milik Zity Noorfilzah Mohd Nadzri pukul 8.30 pagi pada 12 Februari di kawasan Segama di sini.
Martini atas pertuduhan kedua, didakwa memandu kenderaan itu secara berbahaya antara jam 10 pagi dan 11.30 pagi pada 14 Februari di sepanjang Jalan Sepanggar di sini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Untuk pertuduhan ketiga, Martini didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap empat anggota polis iaitu Sarjan Selamat Ibrahim, Koperal Joseph Dinsim dan Abdullah Baki dan Koperal (Sokongan) Razalyinam Abdul Shamad dengan niat untuk menghalang mereka daripada menjalankan tugas antara jam 10 pagi dan 11.30 pagi pada 14 Februari di sepanjang Jalan Sepanggar di sini.

Martini untuk pertuduhan keempat, didakwa mengambil Amphetamine dan syabu pukul 7.20 malam pada hari sama di sini. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Martini, yang tampil di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles melalui sidang video dari lokap pusat Kepayan.

Advertisement
Mahkamah dimaklumkan bahawa Martini kini menjalani kuarantin kerana menjadi kontak rapat bagi seorang tahanan yang positif Covid-19 semasa direman.

Inspektor Kelvan Elson Maik memohon tarikh sebutan baharu untuk kes itu termasuk sementara menunggu laporan kimia kes dadah Martini dan mencadangkan ikat jamin antara RM6,000 dan RM5,000.

Advertisement
Martini, yang tidak diwakili, memohon jumlah ikat jamin lebih rendah.

Lovely menetapkan 11 Mac untuk pengakuan diambil atas pertuduhan pertama dan kedua dan menetapkan 18 Mac untuk pertuduhan ketiga, yang juga untuk pengakuan dan menetapkan 21 April untuk pertuduhan keempat sementara menunggu laporan kimia. Martini ditawarkan ikat jamin sebanyak RM2,000 beserta dua orang penjamin bagi setiap pertuduhan. Pertuduhan pertama termaktub di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara setahun hingga tujuh tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan manakala pertuduhan kedua di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda antara RM5,000 dan RM15,000 jika sabit kesalahan. Pertuduhan ketiga mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, manakala pertuduhan keempat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya memperuntukkan hukuman denda sehingga kepada RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Terdahulu, dilaporkan polis menahan seorang wanita selepas insiden kejar-mengejar yang laju selama sejam yang menyaksikan dia merempuh beberapa kenderaan termasuk motosikal seorang penghantar surat di sekitar kawasan Tanjung Lipat di sini pada 14 Februari lalu.

Suspek berumur 34 tahun, dipercayai penagih dadah, akhirnya diberkas di sepanjang Jalan Sepanggar sebelum tengah hari selepas polis dilaporkan melepaskan tembakan ke arah tayar kenderaan itu, dipercayai dicuri kira-kira jam 10 pagi dari kawasan pasar pusat bandaraya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here