Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Tempoh penerima Sinovac dapatkan dos penggalak dilanjutkan 31 Mac
Published on: Thursday, February 24, 2022
Published on: Thu, Feb 24, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Tempoh penerima Sinovac dapatkan dos penggalak dilanjutkan 31 Mac
PUTRAJAYA: Tempoh untuk semua individu berusia 60 tahun ke atas dan penerima vaksin primer Sinovac berusia 18 tahun ke atas untuk mendapatkan suntikan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap, dilanjutkan sehingga 31 Mac.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata bermula 1 April, status vaksinasi lengkap untuk golongan itu akan ditukar kepada tidak lengkap sekiranya mereka belum mendapat dos penggalak.

Advertisement
“Tempoh masa yang ditetapkan sebelum ini iaitu 28 Feb 2022, kini dilanjutkan sehingga 31 Mac 2022," katanya pada sidang media perkembangan Covid-19, di sini hari ini.

Beliau berkata setakat semalam, 97.5 peratus penduduk dewasa telah menerima dos lengkap manakala 60.7 peratus penduduk dewasa yang lengkap menerima vaksin Covid-19, telah menerima dos penggalak.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Khairy dalam pada itu berkata daripada 194 kes kategori tiga, empat, dan lima Covid-19 yang dilaporkan semalam, 45 kes tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 108 kes telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak manakala 41 kes telah menerima dos penggalak.

"Maknanya mereka yang mengalami gejala teruk sekarang adalah mereka yang tiada perlindungan vaksinasi atau tiada perlindungan dos penggalak," katanya.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here