Thu, 2 Jul 2026
Headlines:
JPS tangani kerosakan dua parit di Penampang
Published on: Friday, February 25, 2022
Published on: Fri, Feb 25, 2022
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
JPS tangani kerosakan dua parit di Penampang
SEBUAH jengkaut cuba menarik cerucuk kepingan di sini agar ia dapat dipotong mengikut aras parit monsun itu.
JABATAN Pengairan dan Saliran (JPS) sedang melakukan kerja-kerja menangani kerosakan dua parit di kawasan berbeza di Penampang.

Kontraktor Jabatan itu kini sedang memasang tembok baharu bagi parit monsun di Jalan Bundusan, selepas sebahagian konkritnya runtuh lebih setahun lalu.

Advertisement
Agensi itu juga sedang menyelesaikan beberapa butiran sampingan melibatkan aliran lalu lintas di Jalan Nosoob-Hungab, sebelum pembaikan dapat dibuat terhadap satu parit tepi jalan di sini.

SEBAHAGIAN daripada 21 keping ‘struktur berbentuk L’ yang akan membentuk tembok parit baharu itu nanti.

Tindakan ini dibuat susulan aduan berasingan mengenai masalah banjir yang berulang di kawasan kejiranan berhampiran parit di Jalan Bundusan, serta bahaya terhadap pejalan kaki yang timbul akibat permukaan tidak rata kawasan tepi jalan di tempat kedua.

SPONSORED CONTENT
The 2026 D-MAX also introduces an 8-speed automatic gearbox with sequential shift across the range, including the Single Cab variant, making it the first pick-up truck in Malaysia to offer an automatic transmission in that body style.
Seorang jurucakap JPS berkata pihaknya telah mula memasang beberapa “struktur pratuang berbentuk L” di bahagian parit monsun yang terjejas itu pada minggu ini.

“Di tempat-tempat di mana konkrit runtuh, kontraktor telah memotong cerucuk kepingan mengikut aras parit,” katanya.

Advertisement
“Ia sedang diganti, secara berperingkat, dengan struktur berbentuk L itu yang akan menyokong tanah serta berfungsi sebagai tembok baharu untuk parit yang lebih lebar nanti.”

Dia berkata kira-kira 21 keping ‘struktur berbentuk L’ itu akan dipasang oleh kontraktor.

Advertisement
“Kami merancang untuk melakukan penampalan belakang, sebelum menamatkan kerja pembaikpulihan ini.

“Berapa cepat semua ini dapat dilakukan bergantung pada berapa lama cuaca baik sekarang ini bertahan.”

Jika tiada keadaan yang tidak dijangka, dia berkata JPS secara tentatif berharap dapat menyiapkan kerja pembaikan itu menjelang Jun.

“Kerja-kerja di parit itu bermula pada Jun 2021.”

Parit monsun itu merupakan saliran bagi beberapa taman perumahan di Penampang termasuk Taman Millennium Heights, Taman Golf dan Taman Golf View.

VIN dari Penampang merungut mengenai perkembangan kerja terhadap parit monsun itu, mengatakan bahawa banjir kilat sudah beberapa kali berlaku di kawasan kejiranannya semasa pembaikan sedang dijalankan.

PEKERJA kontraktor memastikan ‘struktur berbentuk L’ itu dipasang dengan baik di parit monsun itu.

Jalan perumahannya kali terakhir ditenggelami air ketika hujan lebat pada 12 Februari lalu.

“Saya telah menetap di Taman Golf View selama lebih 25 tahun dan mengalami banjir teruk di Fasa 2 sejak tahun lepas,” katanya.

Dia mempersalahkan masalah itu pada kerja pembinaan semula perlahan yang dilakukan oleh JPS. Vin tertanya-tanya sama ada penyelenggaraan, termasuk kerja mendalamkan parit, sedang dilakukan semasa pembaikan sedang dijalankan.

“Hujan lebat pada bulan ini menyebabkan hakisan dan tanah dari tebing jatuh ke dalam parit.

“Saya mengesyaki aliran air di dalamnya mungkin tersumbat kerana ini, sehingga menyebabkan parit melimpah dan Taman saya dibanjiri.”

Jurucakap itu menjelaskan bahawa sebuah khemah telah didirikan di tapak itu untuk pekerja kontraktor.

Dia berkata ini dilakukan bagi memudahkan usaha membuat lintasan sementara serta membersihkan parit secara berkala.

Penyelenggaraan rutin dilakukan terhadap perparitan di kawasan itu dan ini dilakukan setiap suku tahun, menurutnya.

“Kekurangan bajet menghalang kami daripada melakukan lebih daripada itu.

“Tidak seperti sesetengah jabatan kerajaan, kami tidak mempunyai sebarang dana khas yang membolehkan kami menjalankan kerja kecemasan dengan mudah.”

Dia juga menolak kemungkinan struktur itu didalamkan.

BANJIR kilat seperti ini sudah berlaku beberapa kali di Taman Golf View, sejak tahun lepas.

“Kami hanya dapat membersihkan parit itu dari semasa ke semasa dengan mengorek mendapan dan kelodak yang mendap di dasar.”

Sementara itu, JPS merancang untuk mendapatkan bantuan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi mencari cara terbaik untuk menangani pergerakan kenderaan di Jalan Nosoob-Hungab memandangkan jalan itu terletak di bawah bidang kuasa JKR.

Jurucakap itu berkata kerja untuk membaik pulih dinding parit yang runtuh dan tepi jalan yang rosak berkemungkinan mengganggu aliran lalu lintas di kawasan itu.

“Kami berharap dapat menjalankan pemeriksaan bersama di tapak dengan rakan sejawat kami dari JKR supaya kami dapat merangka beberapa cara untuk mengurangkan kesulitan kepada pengguna jalan raya di sini,” katanya.

Ini termasuk kemungkinan berlaku kesesakan di jalan itu ketika parit sedang dibaiki, menurutnya.

PEG dari Penampang berkata pejalan kaki berisiko tercedera atau lebih teruk lagi, jika mereka tergelincir dan terjatuh semasa berjalan di bahu jalan yang tidak rata itu.

Dia mula-mula menyedari tanah di tepi jalan itu telah pecah pada tahun lepas.

“Pejalan kaki juga mungkin dilanggar oleh kenderaan kerana mereka terpaksa berjalan di atas jalan itu disebabkan keadaan tepi jalan tersebut,” katanya.

“Sejak itu, retakan di tepi jalan itu sudah ditutup dengan kepingan kanvas.”

Jurucakap itu menjelaskan bahawa keadaan tanah tidak rata, sepanjang beberapa meter, telah terbentuk di tepi jalan tersebut.

“Tanah di rizab jalan itu menjadi tidak stabil apabila dinding parit di kawasan itu runtuh,” katanya

Dia berkata sebahagian daripada rel pengadang dan beberapa tiang lampu jalan di kawasan itu turut terjejas akibat kerosakan ini.

Struktur-struktur itu tidak lagi tegak tetapi sebaliknya condong pada sudut 45 darjah, menurutnya.

Jurucakap itu berkata, JPS berharap untuk mula membaik pulih parit itu dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Dia berkata agensi itu perlu mendapatkan “kebenaran khas” daripada Kementerian Kewangan sebelum mendapatkan peruntukan untuk pembaikan.

“Syarikat konsesi kerajaan telah meletakkan beberapa kanvas di bahagian tepi jalan yang terjejas, tidak lama selepas kami mendapat tahu mengenai masalah di Jalan Nosoob-Hungab.

“Kakitangan kami juga telah diminta untuk memeriksa keadaan parit, dari semasa ke semasa, untuk memastikan lebih banyak tanah di bahu jalan tidak runtuh.”
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here