Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Lelaki rentas daerah tanpa kebenaran didenda RM5,500
Published on: Saturday, February 26, 2022
Published on: Sat, Feb 26, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki rentas daerah tanpa kebenaran didenda RM5,500
PAPAR: Seorang lelaki berumur 28 tahun didenda RM5,500 atau dua bulan penjara jika gagal membayar jumlah itu oleh Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan merentas daerah tanpa surat kebenaran semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tahun lepas.

Mohamad Amirakhan Nasib mengaku bersalah di hadapan Majistret Afiq Agoes atas pertuduhan melanggar arahan Ketua Pengarah Kesihatan dengan melakukan perbuatan jam 6.30 petang, pada 15 Julai, 2021 di KM30 Jalan Lama Papar - Kota Kinabalu, di sini.

Advertisement
Amirakhan didakwa di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pegawai pendakwa kesihatan John Raynold Achon ketika mengemukakan fakta kes, memberitahu mahkamah bahawa Amirakhan didapati oleh polis yang menjalankan sekatan jalan raya Ops Covid-19 di tempat tersebut kerana  melanggar PKPB dengan tidak mempunyai surat kebenaran merentas daerah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Amirakhan kemudian dikenakan kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Pemulihan) 2021.

Amirakhan memohon denda lebih rendah dengan mengatakan dia merupakan anak sulung daripada lapan beradik dan masih belajar serta mengalami masalah kesihatan.

Advertisement
John memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada Amirakhan dan orang ramai agar sentiasa mematuhi setiap peraturan ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan wabak Covid-19 dalam kalangan komuniti.

John berkata kesalahan yang dilakukan oleh Amirakhan adalah merentas  sempadan daerah tanpa surat kebenaran.

Advertisement
“Keadaan ini berlaku ketika negara dilanda pandemik Covid-19 dan tindakan yang dilakukan tertuduh adalah melanggar arahan kerajaan.

“Ini adalah satu kesalahan yang boleh dikompaun tetapi dia gagal membayar kompaun mengikut masa yang ditetapkan,” kata John.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here