Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Didenda RM1,500 kerana berjudi
Published on: Saturday, February 26, 2022
Published on: Sat, Feb 26, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Didenda RM1,500 kerana berjudi
Kota Kinabalu: Mahkamah Majistret di sini, Khamis lepas, memerintahkan seorang lelaki membayar denda RM1,500 atau penjara dua bulan kerana terlibat dalam judi haram.

Irv Vialley Duin, 25, mengaku bersalah di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun kerana melakukan kesalahan itu pada pukul 10.30 pagi 11 Ogos 2020 di sebuah premis di Check Point, Beverly Square di Penampang.

Advertisement
Mahkamah diberitahu oleh pendakwaan bahawa polis pergi ke premis tersebut selepas menerima maklumat awam mengenai aktiviti perjudian dan menangkap Irv, yang didapati sedang melakukan kesalahan itu serta merampas satu telefon bimbit dan tunai RM70 daripada tertuduh.

Irv didakwa di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Irv, yang tidak diwakili, meminta denda rendah kerana dia mempunyai masalah kewangan dan menanggung adik-beradik yang masih bersekolah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, dua lelaki dijatuhi hukuman kerana secara menipu, menyimpan wang di dalam akaun bank masing-masing.

Sufian Imat, 32, didenda RM100 atau penjara sehari kerana menyimpan RM5,000 milik Lerina Daisman dalam akaun banknya di Inanam pada pukul 3.56 petang 2 Oktober 2020.

Advertisement
Mohd Sahrrillazmy Sani, 22, didenda RM100 atau penjara tiga minggu oleh Majistret Lovely Natasha Charles kerana menyimpan RM1,280 milik Georgy Sumbing dalam akaun banknya pada pukul 10.36 pagi 10 Oktober 2020 di Sepanggar.

Sufian dan Sahrrillazmy tidak dapat memberi penjelasan memuaskan mengenai bagaimana mereka boleh mendapat wang itu.

Advertisement
Mereka telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 22A (1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil yang memperuntukkan denda sehingga RM100 atau penjara sehingga tiga bulan, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh meminta hukuman ringan. Inspektor Kelvan Elson Maik melakukan pendakwaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here