Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Perjuangan PBS tidak tersasar teruskan agenda bela rakyat Sabah
Published on: Sunday, February 27, 2022
Published on: Sun, Feb 27, 2022
Text Size:
Text:
Perjuangan PBS tidak tersasar teruskan agenda bela rakyat Sabah
Datuk Julita Majungki
Kota Kinabalu: Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Julita Majungki berkata, agenda parti untuk membela nasib rakyat dan negeri Sabah diteruskan.Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai kemasukan bekas Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Francis Lawrence ke Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Jumaat lalu.
Advertisement
Menurut Julita, sebagai parti tempatan tertua di negeri Sabah, PBS tidak pernah keluar daripada landasan perjuangan asalnya dan ini akan diteruskan demi  mempertahan serta melindungi hak rakyat dan negeri Sabah.
“Peralihan kepimpinan parti daripada Tan Sri Joseph Pairin Kitingan kepada Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berlaku dalam suasana yang aman dan semangat yang tinggi.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
 “Gaya dan pendekatan kepimpinan kedua-dua presiden tersebut mungkin berbeza tetapi ini tidak mengubah sasaran dan objektif yang ingin dicapai oleh parti untuk rakyat dan negeri Sabah.

“Konsistensi dan amalan kepimpinan sederhana dan praktikal adalah darah daging PBS, sesuai dengan imejnya sebagai parti berbilang kaum di negeri Sabah,” kata Julita dalam satu kenyataan media, Sabtu.

Advertisement
Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat itu berkata, PBS dan rakyat Sabah bangga dan menyanjung tinggi perjuangan yang telah dimulakan oleh Pairin.

“Justeru, kerana perjuangan yang dimulakan oleh Pairin pada 1985, maka kita dapat menyudahi perjalanan mencabar itu dengan kejayaan meminda Perlembagaan Persekutuan mengenai kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia pada 2022,” ujarnya.

Advertisement
Dr Maximus sebagai Menteri yang menjaga Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (HESS) memainkan peranan langsung dalam proses tersebut bersama pasukan negeri Sabah dan Sarawak dalam Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) yang ditubuhkan di bawah penyelarasan langsung Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak. “Kejayaan ini besar dan implikasinya mendalam kepada negeri Sabah dan Sarawak.

“Kejayaan ini adalah bukti keupayaan dan tekad Presiden PBS itu meneruskan agenda rakyat dan negeri Sabah selaku Menteri HESS dan rakan dalam Kerajaan GRS di negeri Sabah,” katanya.

Justeru, tambahnya, alasan yang disebut oleh Francis bahawa perjuangan PBS sudah tersasar adalah tidak tepat sama sekali. “Kepimpinan PBS tidak memandang remeh tindakan ahli keluar parti. Malahan sentiasa menekankan sikap setia, sabar dan bersatu di kalangan ahli-ahli dan penyokong. “Tetapi kita tidak dapat menghalang mana-mana ahli yang tidak lagi menghayati perjuangan murni PBS untuk berbuat demikian. “Bagi pihak kepimpinan parti saya  berharap Francis dapat mencapai hasratnya bersama parti yang baharu dan selamat maju jaya,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here