Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Kad prabayar untuk penduduk setinggan
Published on: Monday, February 28, 2022
Published on: Mon, Feb 28, 2022
Text Size:
Text:
Kad prabayar untuk penduduk setinggan
LAPORAN akhbar ini Sabtu lepas.
Kota Kinabalu: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan memperkenalkan sistem kad prabayar untuk pengguna di kawasan penempatan setinggan yang layak bagi membanteras aktiviti penyambungan haram.

Ketua Pegawai Transformasinya Ir. Norhizami Abu Hasan berkata, kerajaan negeri telah meluluskan cadangan SESB untuk menggunakan kaedah berkenaan untuk membekalkan elektrik ke kawasan setinggan yang akan dikenal pasti.
Advertisement
Dengan kaedah itu, Norhizami berkata bekalan elektrik yang dibekalkan  ke penempatan setinggan lebih memudahkan kerana pengguna hanya perlu menambah nilai kad pra bayar itu mengikut keperluan penggunaan isi rumah setiap bulan.

Kerajaan negeri dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga dan SESB sedang dalam proses memuktamadkan prosedur dan tatacara pembekalan ke kawasan setinggan di seluruh Sabah,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau mengulas kenyataan dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Bersatu Sabah pada Sabtu yang menyatakan bahawa kerugian jutaan ringgit yang ditanggung SESB akibat kecurian bekalan elektrik adalah disebabkan oleh karenah birokrasi SESB sendiri. “SESB memahami keperluan bekalan elektrik amat penting kepada setiap premis namun untuk mengelak kejadian tidak diingini berlaku, penyambungan secara haram adalah ditegah dan kami perlu memastikan bekalan elektrik diperolehi secara sah mengikut prosedur sedia ada serta turut mematuhi aspek keselamatan oleh Suruhanjaya Tenaga,” tambahnya.

Advertisement
Sementara itu, Norhizami turut menegaskan SESB akan terus melaksanakan operasi membanteras aktiviti mencuri elektrik atau penyambungan haram dan beliau menyeru kerjasama yang jitu dan padu daripada semua pihak berkaitan.

Mengulas lanjut, katanya, tindakan tidak bertanggungjawab mencuri elektrik dan mengusik meter bukan sahaja akan menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada SESB malah boleh mengundang bahaya seperti litar pintas yang boleh mengakibatkan kebakaran dan kemalangan elektrik.

Advertisement
Katanya, penyambungan haram bekalan elektrik juga mengganggu kestabilan bekalan elektrik apabila permintaan melebihi kapasiti sehingga menyebabkan gangguan bekalan terhadap pengguna.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here