Kota Kinabalu: Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) menyokong kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berhubung peng-gunaan Bahasa Melayu dalam segala urusan rasmi negara termasuk mesyuarat dan persidangan antarabangsa sebagai usaha memartabatkan bahasa kebangsaan.Presiden badan itu, Datuk Jasni Matlani, berkata sudah tiba masanya teraju kepimpinan negara membebaskan diri daripada belanggu penjajahan dan keluar daripada kepompong “minda tertawan” yang menggambarkan seolah-olah kita masih dibelenggu penjajah dalam segala segi, termasuk berkaitan isu pendaulatan bahasa kebangsaan.





