Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Lelaki pandu mabuk didenda RM11,000, dijel
Published on: Tuesday, March 01, 2022
Published on: Tue, Mar 01, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Lelaki pandu mabuk didenda RM11,000, dijel
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berumur 42 tahun pada Isnin dipenjara sehari dan didenda RM11,000 atau penjara tiga bulan kerana memandu dalam keadaan mabuk dua tahun lepas.

Octivian Severinus mengaku bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles kerana melakukan kesalahan itu pada pukul 12.37 pagi 14 November 2020 di Jalan Kolam, di sini.

Advertisement
Tuduhan di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda antara RM10,000 dan RM30,000, serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu untuk tempoh tidak kurang daripada dua tahun dari tarikh sabitan.

Pegawai Pendakwa Trafik Inspector Mohammad Khairul Nizam Mokhtar memberitahu mahkamah bahawa Octivian didapati melakukan kesalahan itu oleh polis semasa rondaan dan pemeriksaan mengejut di kawasan tersebut.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Peguam Luke Ressa Balang, yang mewakili Octivian, memohon hukuman ringan atas sebab ia merupakan kesalahan pertama tertuduh.

Mahkamah juga memerintah supaya Octivian dilucut kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang daripada dua tahun dari tarikh sabitan tersebut.

Advertisement
Dalam kes lain, seorang peniaga berumur 46 tahun didenda RM25 atau penjara dua hari kerana mengintai seorang wanita melalui tingkap bilik wanita itu.

Nordin Dulahim mengaku melakukan kesalahan itu dengan niat mengganggu ketenteraman pada pukul 6.30 petang 19 November 2021 di sebuah rumah sewa Kg Sri Sindil, Putatan.

Advertisement
Inspektor Kelvan Elson Maik, yang menjalankan pendakwaan, memberitahu mahkamah bahawa perbuatan Nordin itu disedari oleh bapa wanita berumur 30 tahun itu ketika melakukan kesalahan tersebut. Apabila didekati bapa mangsa, yang kemudian menegurnya, Nordin menepis tangan bapa mangsa sehingga menyebabkan pergaduhan antara mereka, sebelum jiran menenangkan mereka.

Nordin, yang tidak diwakili, meminta hukuman ringan dengan mengatakan dia tidak akan melakukan kesalahan serupa pada masa akan datang.

Dia didakwa di bawah Seksyen 8(1)(e) Ordinan Kesalahan-kesalahan Kecil yang memperuntukkan denda RM25 atau penjara seminggu, jika sabit kesalahan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here