Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Pasukan bola sepak Jabatan Penjara Sabah sasar rangkul Piala Tan Sri Murad Ahmad
Published on: Wednesday, March 02, 2022
Published on: Wed, Mar 02, 2022
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Pasukan bola sepak Jabatan Penjara Sabah sasar rangkul Piala Tan Sri Murad Ahmad
NORA (kelima dari kanan) menyerahkan bendera negeri kepada Jorennedy semasa majlis pada Selasa.
Kota Kinabalu: Pasukan bola sepak Jabatan Penjara Sabah menyasarkan untuk memenangi Kejohanan Bola Sepak Penjara Malaysia – Piala Tan Sri Murad Ahmad ke-38 yang akan diadakan di Kelantan bermula hari ini sehingga 6 Februari.Pengurus Pasukan Penolong Komisioner Penjara Jorennedy Sylvester berjanji pasukan akan melakukan yang terbaik untuk merangkul piala itu walaupun mempunyai masa yang terhad untuk membuat persiapan disebabkan pandemik.
Advertisement
Beliau berkata demikian selepas menerima bendera negeri daripada Pengarah Penjara Negeri, Timbalan Komisioner Penjara Hajah Nora Musa dalam satu majlis yang diadakan di Kepayan pada Selasa.

“Pemain-pemain kami tentunya akan memberikan yang terbaik untuk cuba memenangi gelaran itu walaupun latihan kami sebagai persediaan menghadapi kejohanan itu terjejas akibat SOP (prosedur operasi standard).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kami tidak akan mengambil ringan pertandingan itu kerana kejohanan ini pernah melahirkan ramai pemain kebangsaan dan Olimpik seperti Ali Bakar, Namad Abdullah, Hamzah Hussin, Syed Ahmad.

“Pada kejohanan terakhir yang diadakan tiga tahun lalu sebelum permulaan pandemik, kami tidak bernasib baik apabila terhenti di semi final selepas tewas 1-2 kepada Penjara Kajang,” katanya.

Advertisement
Sementara itu, Nora dalam perutusannya menggesa pasukan untuk bermain dengan semangat kesukanan dan semangat juang yang betul untuk mencapai sasaran memenangi gelaran itu, dan pada masa yang sama mematuhi SOP sepanjang pertandingan. Pasukan diketuai Jorennedy bersama penolong pengurus pasukan Addny Miky, jurulatih Roslan Wasli, Billyton Vun Ket Ming, Augstin Paga dan 20 pemain bertolak ke Kuala Lumpur pada Selasa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here