Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Dua syarikat bebas tuduhan pembalakan haram
Published on: Wednesday, March 02, 2022
Published on: Wed, Mar 02, 2022
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Dua syarikat bebas tuduhan pembalakan haram
SALAH seorang wakil syarikat (kiri) bersama peguam di luar mahkamah selepas mendengar keputusan berkenaan.
SANDAKAN: Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa melepas dan membebaskan dua syarikat yang dituduh menceroboh hutan simpan dan melakukan pembalakan haram di daerah Tongod tujuh tahun lepas.

Hakim Darmafikri Abu Adam membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan Syarikat Maxland Sdn Bhd dan Better Green Sdn Bhd berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Advertisement
Mengikut fakta kes, bagi pertuduhan  pertama, Syarikat Maxland Sdn Bhd dan Better Green Sdn Bhd dituduh menebang 503 pokok balak di Hutan Simpan Trus Madi di daerah Tongod antara 5 September 2016 hingga 19 November 2017 yang mana ia dilakukan tanpa kebenaran atau lesen yang sah di bawah Enakmen Hutan 1968.

Kedua-dua syarikat itu dituduh di bawah Seksyen 20 (2) Enakmen Hutan 1968 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM500,000, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagi pertuduhan kedua, dua syarikat itu dituduh menebang 54 pokok balak tanpa kebenaran atau lesen yang sah di bawah Enakmen Hutan 1968 di kawasan tanah kerajaan di Kampung Lalampas di daerah Tongod pada tarikh dan tahun sama seperti pertuduhan pertama itu.

Kesalahan itu dituduh di bawah Seksyen 23 (2) Enakmen Hutan 1968 yang juga membawa hukuman serupa.

Advertisement
Dua pertuduhan tersebut difailkan pada Disember 2019. Manakala pendakwaan dilakukan pada 20 Januari 2020 dan perbicaraan dimulakan pada Mac tahun sama sebelum keputusan akhir pada Selasa.

Advertisement
Kedua-dua syarikat itu diwakili peguam Ronny Cham.

Pengarah dan wakil kedua-dua syarikat itu turut hadir.

Dalam pada itu, pihak pendakwaan akan membuat rayuan dalam tempoh 14 hari berhubung keputusan itu, bagaimanapun, ia bergantung kepada arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya.

Barang kes yang disita dalam kes itu juga akan dikembalikan semula kepada pemilik selepas 14 hari jika tiada rayuan dibuat oleh pihak pendakwaan dalam tempoh berkenaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here