Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Kumpulan pertama Felo SMJ terima surat lantikan
Published on: Thursday, March 03, 2022
Published on: Thu, Mar 03, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kumpulan pertama Felo SMJ terima surat lantikan
HAJIJI menyampaikan surat pelantikan kepada salah seorang peserta Felo SMJ.
Kota Kinabalu: Seramai 24 graduan yang diterima menyertai kumpulan pertama program Felo Sabah Maju Jaya (SMJ) menerima surat pelantikan daripada Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor pada Rabu.

Surat pelantikan itu disampaikan dalam satu majlis di Menara Kinabalu di sini yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Dr Joachim Gunsalam, serta Menteri Belia dan Sukan negeri Datuk Ellron Alfred Angin.

Advertisement
Hajiji dalam kenyataan yang diedarkan kepada media selepas majlis itu berkata, 24 peserta berkenaan adalah kumpulan pertama graduan yang dipilih untuk program bimbingan dan pembelajaran langsung selama 6 bulan di 12 kementerian di negeri ini.

“Ia merupakan Inisiatif Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan program itu akan dijalankan di bawah Inkubator Kepimpinan Belia Sabah (IKEBS). Di bawah program itu, peserta Felo SMJ akan menerima elaun bulanan sepanjang program berlangsung,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hajiji yang juga Menteri Kewangan Sabah semasa mengumumkan inisiatif Felo SMJ berkenaan ketika membentangkan Belanjawan 2022 Sabah tahun lepas berkata, ia adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk memperkasakan pembangunan modal insan.

Katanya program itu merupakan kerjasama pelbagai agensi termasuk Sekretariat Hala Tuju SMJ, Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) serta Majlis Belia Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here