Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Sabah wilayah berdaulat Malaysia, bebas tuntutan Sulu
Published on: Friday, March 04, 2022
Published on: Fri, Mar 04, 2022
Text Size:
Text:
Sabah wilayah berdaulat Malaysia, bebas tuntutan Sulu
Kota Kinabalu: Pendirian Malaysia untuk tidak mengiktiraf arahan penimbang tara Sepanyol Gonzalo Stampa untuk membayar RM62.5 bilion kepada waris Sultan Sulu adalah penegasan bahawa tuntutan ke atas Sabah tidak lagi timbul.

Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Sabah, Edward Linggu Bukut  (gambar) berkata pendirian Malaysia itu juga menunjukkan tiada lagi asas menimbulkan isu tuntutan itu termasuk pendatang tanpa izin (PTI) dari Filipina.

Advertisement
“Bukti-bukti dokumen perundangan dan sejarah menunjukkan Sabah bebas daripada sebarang tuntutan mana-mana pihak dan merupakan wilayah Malaysia yang berdaulat,” kata Linggu.

Linggu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli berkata demikian bagi menyokong kenyataan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Linggu menyatakan sokongan tersebut ketika merasmikan majlis penerimaan ahli-ahli baharu dan pembentukan Jawatankuasa Penyelaras Star Kawasan Kg Tinuhan Tenghilan.

Terdahulu, isu tuntutan ke atas Sabah turut disentuh dalam satu perjumpaan singkat Linggu dengan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah di Johor.
Advertisement
Dalam kenyataannya, Yong menegaskan bahawa selepas kemangkatan Sultan Sulu terakhir tanpa waris lelaki pada 1930-an, Filipina telah mengisytiharkan bahawa kesultanan itu telah berakhir.

Dalam kenyataan bersama, Kementerian Luar dan Jabatan Peguam Negara menyebut Malaysia tidak mengambil bahagian dalam timbang tara yang membuat arahan tersebut yang dikatakan dibuat di Paris, Perancis.

Advertisement
Kenyataan tersebut juga menjelaskan bahawa perkara tuntutan itu bukan bersifat komersial dan oleh itu tidak boleh tertakluk kepada timbang tara dan perjanjian 1878 tidak mengandungi perjanjian timbang tara.

Seterusnya kenyataan bersama itu menambah, identiti pihak yang menuntut juga diragui dan masih belum disahkan.

Sementara itu, Linggu yang juga Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) menyokong penuh langkah SAPP membawa usul Kad Pengenalan Sabah ke Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah bulan ini.

Menurut Linggu, Kad Pengenalan Sabah merupakan sebahagian daripada manifesto Star yang perlu direalisasikan bagi menentukan ketulenan rakyat Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here