Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Seorang daripada dua lelaki hilang di laut ditemukan maut di Kudat
Published on: Friday, March 04, 2022
Published on: Fri, Mar 04, 2022
Text Size:
Text:
Seorang daripada dua lelaki hilang di laut ditemukan maut di Kudat
Mangsa, Macklin Majaun, 29 tahun, ditemui oleh orang awam kira kira pada jam 5.15 petang pada Jumaat di kawasan perairan Membatu Laut, iaitu 3 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang. (Gambar JBPM)
KUDAT: Seorang mangsa daripada dua lelaki bersepupu yang dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka karam di Laut Perapat Tugu Mamal, dekat sini, pada petang Khamis lepas ditemukan terapung dan meninggal dunia.

Mangsa, Macklin Majaun, 29 tahun, ditemui oleh orang awam kira kira pada jam 5.15 petang pada Jumaat di kawasan perairan Membatu Laut, iaitu 3 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Advertisement
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kudat, Ishak Jabas, berkata mangsa yang disahkan meninggal dunia seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Ishak berkata kedua-dua mangsa, Macklin dan adik sepupunya Aewaeinder Fedelex Olliong, 20 tahun dilaporkan keluar untuk memukat ikan di laut sebelum dilaporkan hilang.
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here