Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Covid-19 bukan alasan lewatkan projek: KM
Published on: Saturday, March 05, 2022
Published on: Sat, Mar 05, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Covid-19 bukan alasan lewatkan projek: KM
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor (gambar) mengingatkan semua ketua jabatan agar tidak menjadikan pandemik Covid-19 sebagai alasan melewatkan pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di negeri itu.

Beliau berkata ketua jabatan perlu memastikan semua projek yang mendapat kelulusan belanjawan untuk Rolling Plan Kedua RMK12 dilaksanakan segera bagi membolehkan manfaatnya dapat dinikmati rakyat secepat mungkin.

Advertisement
Katanya kelewatan melaksanakan projek yang telah diluluskan akan meningkatkan kos pelaksanaan, merugikan rakyat dan kerajaan sekali gus menafikan hak rakyat terhadap manfaat yang sepatutnya mereka terima daripada projek itu.

“Semua projek hendaklah dilaksanakan segera khususnya projek yang berbentuk ‘touch points’. Semua agensi hendaklah cuba untuk memudahkan semua pelaksanaan projek yang telah diluluskan dan bukan sebaliknya”, katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Sabah di Menara Kinabalu pada Jumaat yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Safar Untong dan Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Sarul Bahiyah Abu.

Hajiji berkata aktiviti ekonomi, pendidikan dan projek pembangunan perlu terus bergerak bagi memastikan Sabah serta rakyatnya terus maju.

Advertisement
“Justeru kita perlu gariskan pelan tindakan yang mantap, rencanakan strategi yang ampuh… yang memberikan impak tinggi bukan sahaja kepada organisasi tetapi kepada rakyat yang memerlukan,” tegasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here