Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Kes di Sabah menurun, jangkitan sporadik masih tinggi 
Published on: Saturday, March 05, 2022
Published on: Sat, Mar 05, 2022
By: Anthea Peter
Text Size:
Text:
Kes di Sabah menurun, jangkitan sporadik masih tinggi 
Kota Kinabalu: Kes di Sabah menurun kepada 2,131 pada Jumaat daripada 2,717 pada hari sebelumnya, bagaimanapun jangkitan sporadik kekal tinggi pada 69.03 peratus, kata Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

“Walaupun kes menurun dengan ketara, risiko penularan masih wujud apabila mengambil kira kadar jangkitan sporadik yang tinggi dalam komuniti.

Advertisement
“Kes sporadik merupakan penyumbang terbesar di 25 daripada 27 daerah di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan, Jumaat.

Sebanyak 15 kematian direkodkan, masing-masing tiga di Keningau, Beaufort, dan Tuaran, dua di Kota Kinabalu dan masing-masing satu di Kota Belud, Kota Marudu, Tenom dan Kudat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Tiada kluster baharu dikenal pasti. Masidi berkata Kota Kinabalu mendahului senarai dengan 677 kes, diikuti Penampang (199), Tuaran (145), Papar (122), Kota Belud (100), Tawau (98), Keningau (97), Beaufort (94) dan Tenom (67).

Daripada jumlah itu, 231 kes membabitkan kanak-kanak berumur di bawah 11 tahun dengan 129 daripadanya adalah kanak-kanak berumur di bawah lima tahun. Masidi berkata majoriti kes adalah ringan, dengan 2,118 daripada 2,131 kes adalah kategori satu dan dua jangkitan, iaitu 99.39 peratus.

Advertisement
“Enam kes adalah dalam kategori tiga, enam dalam kategori empat dan satu dalam kategori lima,” tambahnya.

Kira-kira 3,684 pesakit Covid-19 dibenarkan keluar hospital manakala 1,540 pesakit ketika ini menerima rawatan di hospital, pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah (PKRC), penjara/pusat tahanan sementara dan kemudahan swasta.

Advertisement
Mengenai program imunisasi di Sabah, Masidi berkata 13,435 individu sudah divaksinasi pada 3 Mac, dengan 11,209 adalah dewasa manakala 57 adalah remaja dan 2,169 adalah kanak-kanak.

Setakat 3 Mac, beliau berkata seramai 2,413,804 individu sudah melengkapkan kedua-dua dos, dengan 77.3 peratus adalah dewasa, manakala 2,514,139 sudah menerima dos pertama mereka,dengan 78.02 peratus adalah dewasa. Masidi menambah, sejumlah 339,040 remaja menerima dos pertama mereka, manakala 313,750 sudah melengkapkan kedua-dua dos iaitu 77.3 peratus daripada keseluruhan populasi remaja. Seramai 55,540 kanak-kanak sudah  menerima dos pertama mereka
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here