Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Sabah tidak pernah dan tidak akan iktiraf tuntutan waris Kesultanan Sulu: Hajiji
Published on: Saturday, March 05, 2022
Published on: Sat, Mar 05, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Sabah tidak pernah dan tidak akan iktiraf tuntutan waris Kesultanan Sulu: Hajiji
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri Sabah tidak pernah dan tidak akan mengiktiraf tuntutan ‘waris Kesultanan Sulu’ terhadap negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.

Menyifatkan tuntutan itu sebagai “sesuatu yang tidak masuk akal,” beliau menegaskan bahawa Sabah adalah sebuah negeri berdaulat dalam Persekutuan Malaysia.

Advertisement
Justeru, Hajiji menggesa rakyat agar bertenang dalam isu itu dan menyerahkan kepada pasukan perundangan kerajaan negeri dan persekutuan untuk menanganinya.

“Ia adalah satu tuntutan yang tidak masuk akal. Kedaulatan Sabah dalam Persekutuan Malaysia tidak seharusnya dipertikai,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Rabu lepas, kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar dan Jabatan Peguam Negara memaklumkan Kerajaan Malaysia menolak sepenuhnya award sebanyak US$14.92 bilion (RM62.6 bilion) yang kononnya perlu dibayar kepada ketrurunan Sultan Sulu terakhir iaitu Sultan Jamalul Kiram II.

Menurut laporan media, sebuah mahkamah timbang tara Perancis pada Isnin lepas memutuskan bahawa Malaysia telah melanggar perjanjian yang ditandatangani pada 1878 dan diperintah membayar sekurang-kurangnya US$14.92 bilion kepada keturunan Sulu Sultan yang terakhir itu.
Advertisement
Award itu dikeluarkan oleh penimbang tara Sepanyol Gonzalo Stampa pada 28 Februari lepas. Proses timbang tara yang bermula di Sepanyol itu telah dipindahkan ke Paris di mana award tersebut diputuskan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here