PENAMPANG: Penduduk Kolopis sudah bosan dengan kemasukan pelbagai kenderaan berat menggunakan jalan kampung itu sehingga menjejaskan infrastruktur, berbahaya dan mencemar alam sekitar serta menjejaskan kehidupan harian mereka.Mereka meminta pihak berkuasa tempatan segera menyelesaikan masalah membabitkan ‘hantu jalan’ itu yang berkeliaran di jalan raya kampung setiap hari sehingga merosakkan rumah-rumah yang dibina berdekatan dengan jalan.





