Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Guru dituduh rogol anak tiri
Published on: Saturday, March 05, 2022
Published on: Sat, Mar 05, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Guru dituduh rogol anak tiri
Kota Kinabalu: Seorang guru berumur 51 tahun didakwa merogol anak perempuan tirinya.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada lelaki itu selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus pada Jumaat, sementara menunggu laporan kimia dan perubatan.

Advertisement
Lelaki itu didakwa merogol gadis berumur 17 tahun itu pada pukul 2 petang pada 15 Februari tahun ini di sebuah rumah di Kota Marudu.

Perbuatan di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara lapan hingga 30 tahun, dan sebatan sekurang-kurangnya 10 kali sebatan, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah membebaskan lelaki terbabit dengan ikat jamin RM15,000 beserta dua orang penjamin tempatan dan melaporkan diri di balai polis berhampiran di Kota Marudu dua kali sebulan.

Lelaki itu diberi amaran agar tidak mengganggu saksi pendakwaan terutamanya mangsa.

Advertisement
Dia juga dilarang memasuki kampung di mana gadis itu tinggal.

Sekiranya dia gagal mematuhi mana-mana syarat itu, ikat jaminnya akan dibatalkan.

Advertisement
Mahkamah menetapkan 27 April untuk sebutan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Tham Pou Jin tidak menawarkan ikat jamin untuk lelaki itu dengan mengatakan dia mungkin mengganggu saksi pendakwaan kerana rumah di mana mangsa tinggal, tidak jauh dari rumah lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, lelaki itu yang tidak diwakili, memohon ikat jamin dibenarkan dengan mengatakan dia masih bekerja sambil menambah, dia tidak akan mengganggu mangsa kerana mereka tidak tinggal bersama.

Dia memaklumkan mahkamah bahawa dia menghidap gout dan siriosis.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here