Kota Kinabalu: Parti Warisan bukan bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor untuk membantu memberi kemenangan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).Ahli Majlis Tertinggi Warisan (AMT), Azhar Matussin berkata, tujuan Warisan bertanding adalah memberi pilihan naratif baharu, khususnya dengan keadaan landskap politik yang sangat dinamik pada masa ini.





