PAITAN: Penguatkuasaan bersepadu Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Pasukan Perlindungan, Operasi dan Taktikal (Protect) Jabatan Perhutanan Sabah menahan lima lelaki, di sini, kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pemburuan melebihi kuota.
Dalam sekatan jalan raya, di sini, pasukan tersebut menahan sebuah kenderan pacuan empat roda selepas pemeriksaan menemui dua bangkai haiwan di tempat penyimpanan barang kenderaan itu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 25 Sub-seksyen 2(b) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.
Jika didapati bersalah, pesalah boleh didenda antara RM50,000 hingga RM100,000 atau penjara tidak kurang enam bulan atau tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.