Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Ahmad Ebadey ‘jelmaan’ Michael Jackson dari Sabah
Published on: Monday, March 07, 2022
Published on: Mon, Mar 07, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Ahmad Ebadey ‘jelmaan’ Michael Jackson dari Sabah
Ahmad Ebadey dari Semporna tidak menyangka video persembahannya di sebuah restoran di Bandar Sunway tular dan mendapat reaksi ribuan warga maya. – fotoBERNAMA
BILA menyebut nama mendiang Michael Jackson, pasti ramai mengaguminya sebagai penghibur yang lincah menari sambil menyanyi dan sehingga kini karya seni serta rentak tariannya tetap diingati walaupun beliau sudah meninggal dunia pada 2009.

Tidak terkecuali di Malaysia, raja pop itu mempunyai peminat tersendiri dengan ada yang bukan sahaja mampu melantunkan lagu-lagu mendiang malah berupaya menari lincah mengikut gerak-geri Jackson lengkap berpakaian hampir serupa.
Advertisement
Pada awal tahun ini muncul seorang pemuda, Ahmad Ebadey Ahmad Salleh, 24, dari Semporna, Sabah yang mempunyai bakat tarian dan menyanyi mirip penghibur legenda itu sehinggakan video persembahannya meraih pujian serta tular menerusi media sosial.

Dengan mengenakan topi, jaket hitam dan sarung tangan sambil melakukan gerak tarian ‘moonwalk’ ketika melakukan persembahan, kemunculan Ahmad Ebadey menampakkan dirinya seperti jelmaan Michael Jackson.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ahmad Ebadey ketika ditemui Bernama baru-baru ini berkata beliau mempelajari dan berlatih nyanyian serta gaya tarian Jackson sejak berumur sembilan tahun.

“Bermula daripada ayah yang sering memainkan lagu-lagu Michael Jackson, secara tidak langsung ia telah menimbulkan minat kepada saya untuk mempelajari rentak tarian dan berlatih sendiri di rumah.

Advertisement
“Klip video tarian Michael Jackson juga banyak memberi inspirasi kepada saya, mula-mula saya belajar pergerakan, lama-lama apabila sudah dapat rentak baru menyanyi, jadi ambil masa belasan tahun juga untuk saya menjiwai kedua-duanya,” katanya.

Bercerita lanjut, bekas operator kilang di Shah Alam, Selangor itu berkata beliau tidak terlintas video persembahannya di sebuah restoran di Bandar Sunway tular dan mendapat reaksi ribuan warga maya kerana ia dibuat hanya untuk suka-suka dan menghiburkan orang ramai.

Advertisement
Menurut Ahmad Ebadey, beliau mula melakukan persembahan secara langsung di khalayak ramai pada November lepas selepas menerima tawaran daripada kumpulan busker, ‘Project-X Band’ yang kerap mengadakan persembahan di restoran tersebut.

 

 AHMAD Ebadey Ahmad Salleh melakukan persembahan di Restoran Air Tangan Ara di Kuala Lumpur, baru-baru ini. – fotoBERNAMA

“Saya asalnya merupakan pelanggan tetap di sebuah restoran tempat Project-X Band selalu buat persembahan. Selepas habis waktu bekerja, saya akan datang (ke restoran) dan lepak bersama kawan-kawan. Kadang-kadang saya akan menyanyi juga.

“Selepas mereka (Project- X Band) tahu saya sudah berhenti kerja, mereka menawarkan saya supaya menyanyi ‘busking’ sepenuh masa bersama-sama dan ini mungkin rezeki saya kerana selama ini tidak berpeluang,” katanya yang merantau ke Lembah Klang sejak 2019.

Ahmad Ebadey yang masih bujang berkata kelengkapan pakaian mirip Jackson dibeli sendiri supaya persembahannya dilihat lebih sempurna ketika menyanyi lagu-lagu ikon pop itu.

Antara lagu popular Jackson yang sering dipersembahkan Ahmad Ebadey ialah Billie Jean, Beat It, Bad dan Smooth Criminal.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Muzik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam Rizal Ezuan Zulkifly Tony berkata Ahmad Ebadey berjaya menerapkan nilai muzik dan nilai tari yang sangat baik kerana boleh meniru gaya Jackson dalam keadaan yang ‘selesa’.

“Ada orang boleh tiru tarian tetapi apabila melakukan pergerakan (tarian), orang itu kurang selesa menyanyi, bagi Ahmad Ebadey saya nampak beliau selesa melakukannya.

“Ini kerana secara psikologi otak Ahmad Ebadey telah dilatih sejak kecil lagi untuk fokus melakukan dua perkara dengan serentak. Ditambah pula dengan minat, bakat dan kerja keras yang beliau lakukan,” katanya yang yakin bakat Ahmad Ebadey dapat dikembangkan sekiranya dilatih secara formal mengenai ilmu muzik. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here