Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
MP Sabah, Sarawak cadang persempadanan semula
Published on: Tuesday, March 08, 2022
Published on: Tue, Mar 08, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
MP Sabah, Sarawak cadang persempadanan semula
Kuala Lumpur: Isu persempadanan semula kawasan pilihan raya khasnya di Sabah dan Sarawak bagi menambah kerusi Parlimen menjadi tumpuan wakil rakyat kedua-dua negeri itu pada persidangan Dewan Rakyat, Selasa.

Kebanyakan Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang mengambil bahagian pada perbahasan Titah Diraja berpendapat persempadanan semula kawasan Parlimen wajar dilaksana bagi menjadikan komposisi agihan kerusi untuk dua negeri itu lebih seimbang.

Advertisement
Datuk Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) mencadangkan agar sekurang-kurangnya 28 kerusi lagi ditambah bagi kedua-dua negeri itu, sekali gus membolehkan kuota kerusi menepati satu pertiga komposisi kerusi di Parlimen.

“Perkara ini juga mustahak dalam usaha melindungi hak-hak keistimewaan dan pengikitirafan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi dalam pembentukan Malaysia. Tambahan pula, ada kawasan Parlimen di Sabah dan Sarawak amat luas,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bangun mencelah perbahasan, Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong (GPS-Hulu Rajang) menyokong cadangan itu dan memohon agar kerajaan melakukan persempadanan semula, terutama di Sarawak.

Mengambil contoh Parlimen Hulu Rajang, Wilson menyifatkan keluasan kawasan itu sebagai antara yang terbesar di Malaysia.

Advertisement
Turut menyokong, Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang menyatakan penambahan kerusi itu dilihat perlu dilaksanakan bagi mencapai keseimbangan satu pertiga kerusi di Parlimen untuk kedua-dua negeri berkenaan.

“Kita bercakap soal kesejahteraan sejagat, persamaan wilayah, pembangunan seimbang, tetapi ini bukan seimbang bahkan berat sebelah. Betul, tidak ada satu pertiga (kerusi) itu, justeru saya bersetuju dengan rakan-rakan lain untuk tambah 28 kerusi Parlimen di negeri-negeri ini,” katanya.

Advertisement
Ahli Parlimen lain yang turut membangkitkan perkara sama ialah Datuk Robert Lawson Chuat (GPS-Betong), Anyi Ngau (GPS-Baram) dan Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) yang masing-masing meminta kerajaan Persekutuan memperhalusi cadangan pindaan kepada penambahan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak.

Ling berkata persempadanan itu perlu dilaksanakan berdasarkan kepadatan penduduk berbanding keluasan kawasan.

“Kalau persempadanan baharu dilakukan ia harus bergantung kepada orang (populasi) dan bukan keluasan kerana pengagihan kaum di Sarawak adalah lebih kurang nisbah 30:30:30 iaitu Cina, kaum peribumi seperti Iban dan Dayak serta Muslim. Jadi saya mencadangkan agar jangan persempadanan ini mengikut keluasan kawasan.

“Kawasan bandar adalah lokasi berkependudukan tinggi berbanding kawasan luar bandar. Jadi saya mencadangkan kalau satu pertiga kerusi parlimen diberikan kepada Sabah dan Sarawak, ia harus berdasarkan populasi supaya satu orang satu undi,” katanya.

Pada masa ini daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen, sebanyak 56 kerusi adalah di kedua-dua negeri itu iaitu Sabah dengan 25 kerusi dan Sarawak 31 kerusi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here