Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
350 graduan Sabah terima manfaat kursus UMS
Published on: Wednesday, March 09, 2022
Published on: Wed, Mar 09, 2022
Text Size:
Text:
350 graduan Sabah terima manfaat kursus UMS
Gambar: icheme.org (Untuk Tujuan Ilustrasi Sahaja)
Kota Kinabalu: Kursus Keusahawanan dan Kursus “Train and Place” yang dianjurkan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bermula Mac ini bakal memberi manfaat kepada kira-kira 350 graduan kelahiran Sabah.Pengarah Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar UMS (PKPKP), Dr Soon Singh Bikar Singh berkata, kursus diadakan secara dalam talian di bawah program Penjana KPT@Sabah Fasa 2.

Advertisement
“Kursus yang berlangsung sekitar dua minggu hingga sebulan ini bertujuan meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan dalam mendapatkan peluang pekerjaan terutama dalam tempoh pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan, Isnin.

“Ia merupakan inisiatif di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), dan dilaksanakan oleh UMS dengan kerjasama Kerajaan Sabah.”

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut Soon, kursus itu adalah percuma dan terbuka kepada graduan yang telah menamatkan pengajian mereka pada 2019-2021.

“Komitmen KPT dan Kerajaan Sabah dalam program ini memberi manfaat yang harus diambil oleh graduan, khususnya dalam menentukan laluan kerjaya mereka.

Advertisement
“Ia sekali gus meningkatkan kebolehpasaran dan mengurangkan kadar pengangguran khususnya dalam kalangan belia di negeri ini.

“Bagi kursus Train and Place, UMS akan bekerjasama dengan beberapa agensi seperti seperti Lembaga Pelancongan Sabah, Yayasan Usaha Maju dan Tekun Nasional Sabah bagi penempatan pekerjaan selepas tamat latihan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here