PITAS: Seorang mangsa dipercayai dibaham buaya ketika mengutip kerang di muara sungai Kampung Pagason, dekat sini, pada Selasa lepas.
Mangsa dipercayai meninggal dunia, bagaimanapun identiti mangsa belum diketahui berikutan keluarga mangsa enggan memberi kerjasama atau maklumat kepada pihak bomba dan polis yang telah datang ke lokasi kejadian.
Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah, pihak bomba telah tiba di Pekan Pitas untuk ke lokasi kejadian, namun dimaklumkan oleh pihak polis bahawa mangsa tidak lagi berada di lokasi kejadian, dipercayai telah dibawa oleh ahli keluarga ke Pulau Sibogo, Banggi, Kudat.