BELURAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut, Datuk James Ratib berkata pengumuman Kerajaan mengenai fasa peralihan ke endemik bermula 1 April tahun ini memang tepat pada masanya dan berita baik kepada semua rakyat Malaysia.Beliau berkata keputusan yang diumumkan Perdana Menteri itu adalah langkah bijak kerajaan selepas membuat pelbagai penilaian risiko yang bersesuaian bagi membolehkan rakyat kembali menjalani kehidupan normal.





