Kota Kinabalu: Seorang penjawat awam berumur 45 tahun diperintah membela diri atas pertuduhan meliwat seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun.Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus membuat perintah itu untuk Ernest Vaxter Harrison selepas memutuskan bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Ernest pada Khamis.





