Tuaran: Sebanyak 28 kompaun atas pelbagai kesalahan dikeluarkan selepas 102 premis diperiksa dalam operasi bersepadu dipanggil ‘Ops Opocot’ di tiga lokasi berbeza, Isnin lepas.Operasi bersepadu itu memberi tumpuan kepada penguatkuasaan dan pematuhan undang-undang di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 yang dilaksanakan serentak di tiga daerah yang ditadbir oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Tuaran.





