Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Geran khas RM10j manfaat 507 projek pelancongan
Published on: Saturday, March 12, 2022
Published on: Sat, Mar 12, 2022
Text Size:
Text:
Geran khas RM10j manfaat 507 projek pelancongan
Datuk Jafry Ariffin
Kota Kinabalu: Geran khas Kerajaan Negeri telah membantu 507 projek pelancongan di Sabah, kebanyakannya di kawasan luar bandar, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin.

“Peruntukan geran RM10 juta ini bukan sahaja meringankan beban penggiat industri tempatan yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19, tetapi menyediakan mereka untuk pemulihan pelancongan.

Advertisement
“Angka Lembaga Pelancongan Sabah (STB) menunjukkan dana khas itu digunakan untuk menambah baik kemudahan pelancongan di 27 daerah dan kebanyak-annya di bahagian Pantai Barat dengan 248 projek.

“Bahagian lain yang mendapat manfaat daripada tabung khas itu ialah Pedalaman membabitkan 92 projek pelancongan, Sandakan (82), Kudat (45), dan Pantai Timur (40),” katanya dalam kenyataan, Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut beliau, komponen projek melibatkan papan tanda, laluan pejalan kaki, dewan terbuka, pentas persembahan, tandas awam, jeti, pusat maklumat pelawat, denai kembara berjalan kaki, gabion, pengindahan landskap, bengkel kraftangan dan tempat letak kereta, antara lain.

Jafry berkata, pegawai Kementerian dan pasukan STB turun padang untuk memastikan dana itu digunakan dengan baik dan semua projek penambahbaikan berkaitan pelancongan yang telah diluluskan dapat dilaksanakan.

Advertisement
“Geran itu telah terbukti menjadi sumber yang berharga semasa waktu sukar ini, khususnya bagi pengusaha pelancongan masyarakat luar bandar. Banyak kemudahan pelancongan asas telah dikemas kini, yang merupakan langkah positif ke arah menambah baik destinasi terpencil kita.

“Kerajaan Negeri, melalui Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, komited untuk memberikan perkhidmatan dan layanan lebih baik kepada tetamu kita, khususnya pelancong antarabangsa yang akan menjadikan Sabah destinasi mereka seterusnya apabila sempadan dibuka semula,” katanya.

Advertisement
STB telah membantu dalam menyalurkan geran khas ini kepada penggiat pelancongan yang terjejas akibat Covid-19, dengan setiap pemohon layak menerima RM20,000.

Selain pengusaha pelancongan komuniti luar bandar, pemohon lain termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pelancongan, perkampungan budaya, persatuan pelancongan, penyedia penginapan, pengusaha pelancongan dan agensi kerajaan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here