Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Wanita ditemukan rentung, polis tahan seorang lelaki
Published on: Sunday, March 13, 2022
Published on: Sun, Mar 13, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Wanita ditemukan rentung, polis tahan seorang lelaki
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita yang rentung, dalam kebakaran di bengkel kemahiran hidup sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Muhammad Izham Jaafar berkata suspek berusia 30-an itu ditahan pada pukul 6 petang di lokasi kebakaran.

Advertisement
“Mangsa yang rentung dikenal pasti sebagai penyelia kedai buku di sekolah berkenaan yang berumur 25 tahun, dan mayatnya telah diserahkan kepada Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaaan Malaysia untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata sebuah jentera bersama lapan anggota dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian sejurus selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu.

Menurutnya mayat wanita itu ditemukan selepas kerja-kerja memadam kebakaran selesai.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here