Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Sabah, Kedah rancang promosi silang produk pelancongan
Published on: Sunday, March 13, 2022
Published on: Sun, Mar 13, 2022
Text Size:
Text:
Sabah, Kedah rancang promosi silang produk pelancongan
PASUKAN STB bersama delegasi Kedah yang diketuai oleh Faisal (depan, tengah) pada majlis makan malam Jumaat lepas. STB diwakili oleh Tay (ketiga dari kanan).
Kota Kinabalu: Sabah dan Kedah secara bersama merancang untuk membangunkan idea produk baharu bagi mengembangkan industri pelancongan kedua-dua negeri itu.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Joniston Bangkuai berkata, kerjasama antara dua pihak perlu bagi memahami tingkah laku dan motivasi perjalanan ke sesebuah negeri.

Advertisement
“Kita mahu menarik seramai mungkin pengunjung domestik ke Sabah, oleh itu kita perlu tahu apa yang menjadi minat orang Kedah supaya kita boleh mewujudkan pakej mengikut keperluan mereka, dan begitu juga sebaliknya.

“Sabah dan Kedah juga sangat popular dalam kalangan pelancong antarabangsa. Jadi, adalah wajar untuk kita bekerjasama dengan Pelancongan Kedah dan pihak berkaitan untuk mencari jalan menarik lebih ramai pelancong asing terutama dari Langkawi ke Sabah,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Joniston, yang juga pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), berkata pihak lembaga juga bekerjasama dengan negeri-negeri lain untuk mempromosikan destinasi masing-masing, sambil menambah STB terbuka untuk berkongsi kepakaran dan idea untuk menggiatkan semula industri pelancongan. Pada Jumaat, pihak STB yang diwakili oleh ketua pegawai pemasaran Tay Shu Lan telah menganjurkan majlis makan malam untuk delegasi daripada Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah dan Pelancongan Kedah.

Sebelum itu, seramai 15 pegawai dari delegasi tersebut telah bertemu dengan pihak STB yang diketuai oleh ketua pegawai kewangan Julinus Jeffery Jimit untuk perbincangan dan pertukaran idea.

Advertisement
Timbalan Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah (Pembangunan Sektoral), Faisal Rizal Mohammad berkata, objektif lawatan mereka adalah untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam mengenai pengurusan strategik pihak STB.

“Kita berbincang untuk melakukan sesi libat urus dengan Pelancongan Sabah untuk membangunkan produk baharu bagi kedua-dua negeri dan melakukan promosi silang.

Advertisement
“Sebagai contoh, Kedah terkenal dengan sawah padi, manakala Sabah terkenal dengan laut yang indah. Kita melihat pertukaran produk sebegini penting untuk menarik pelawat dari negeri masing-masing.

“Selain itu, kita juga sedang membangunkan pelancongan berasaskan komuniti (CoBT) di pulau-pulau Kedah iaitu Sonsong, Telur, dan Bidan. Tiga pulau ini mempunyai batu karang yang cantik.

“Oleh itu, kerajaan negeri Kedah mahu membantu komuniti setempat dalam menguruskan pulau-pulau supaya mereka dapat menjana pendapatan mampan melalui konsep CoBT,” katanya.

Tambah beliau, mereka berharap untuk belajar daripada pencapaian pihak STB dalam membangunkan CoBT dan mempromosikan pelancongan di pulau-pulau yang dilindungi di negeri ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here