Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Belia catat kematian tertinggi nahas jalan raya: PM
Published on: Sunday, March 13, 2022
Published on: Sun, Mar 13, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Belia catat kematian tertinggi nahas jalan raya: PM
Gambar sekadar ilustrasi.
BERA: Golongan belia mencatatkan kematian akibat kemalangan jalan raya tertinggi, iatu hampir 50 peratus daripada 14,308 kes kematian yang direkodkan dalam tempoh dua tahun bermula 2019, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

 

Advertisement
Beliau berkata nahas jalan raya juga antara penyebab utama kematian di negara ini, dengan purata 4,769 nyawa terkorban setiap tahun dalam tempoh yang sama, dan jumlah kematian belia yang tinggi menjadikan ia cabaran utama kepada pihak penguat kuasa bagi membendung perkara itu.

 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
"Golongan belia mempunyai masa depan yang cerah dan diperlukan negara, tetapi mereka ini yang paling banyak terlibat (kemalangan jalan raya).

 

Advertisement
“Lesen memandu seharusnya membantu kita mempermudahkan pergerakan khususnya dalam mencari rezeki. Kita berharap mereka yang memperolehnya dapat berdisiplin semasa menunggang motorsikal," katanya.

 

Advertisement
Ismail Sabri berkata demikian semasa merasmikan Program Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia (BLKM) di Kompleks Rakan Muda Bera sini hari ini, yang menyaksikan 404 penduduk Orang Asli sekitar daerah ini dipilih untuk mengikuti program itu bagi mendapatkan lesen memandu motosikal pada harga paling minimum.

 

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Zailani Hashim dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Seri Norolazali Sulaiman.

 

Bagi membendung kadar kematian akibat kemalangan jalan raya, Ismail Sabri berkata JPJ akan memperbanyakkan program advokasi dan keterlibatan dengan pihak tertentu bagi memberi kesedaran keselamatan jalan raya, selari dengan hasrat kerajaan mahu mengurangkan kematian akibat nahas jalan raya sebanyak 50 peratus menjelang 2030.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here