Kota Kinabalu: Membeli barangan buatan Sabah adalah cara pantas untuk memulihkan ekonomi, menyelamatkan pekerjaan dan meningkatkan sokongan kepada pengeluar tempatan, kata Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri Datuk Joachim Gunsalam.Beliau berkata kesan pandemik Covid-19 yang dirasai di seluruh dunia juga menguji daya tahan ekonomi Sabah, menyebabkan banyak perniagaan mengira kos – akibat gangguan sosial dan ekonomi disebabkan oleh krisis itu.





