Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Toh Puan Rahimah Stephens meninggal dunia
Published on: Tuesday, March 15, 2022
Published on: Tue, Mar 15, 2022
Text Size:
Text:
Toh Puan Rahimah Stephens meninggal dunia
HAJIJI membaca doa di hadapan jenazah Allahyarhamah.
Kota Kinabalu: Balu Ketua Menteri pertama dan bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Mohd Fuad Stephens, Toh Puan Rahimah Stephens, meninggal dunia, pagi Isnin pada usia 91 tahun.

Bekas Adun Kiulu itu meninggalkan tiga anak – Asgari, Faridah dan Fauziah.

Advertisement
Allahyarhamah dilahirkan di Beaufort pada 22 Oktober 1930 dan merupakan ahli Dewan Undangan Negeri Sabah wanita pertama pada 1976.

Allahyarhamah juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Kebajikan negeri iaitu wanita pertama yang dilantik sebagai menteri dalam kerajaan Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sebelum itu, Allahyarhamah pernah dilantik sebagai Ketua Wanita Parti Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (Unko) pada 1961 sebelum dijenamakan semula sebagai Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (Upko).

Sementara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada Isnin menziarahi keluarga Allahyarhamah di kediaman mereka di Jalan Lintas, di sini, untuk menyampaikan ucapan takziah dan memberi penghormatan terakhir.

Advertisement
Hajiji diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawang Datuk Ghulam Haidarkhan Bahadar.

Di KUALA LUMPUR, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Toh Puan Rahimah.

Advertisement
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Rahimah dan melahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarhamah sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu itu.

“Seri Paduka berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin,” menurut catatan itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here