Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Halang tugas polis: Wanita Filipina dijel
Published on: Wednesday, March 16, 2022
Published on: Wed, Mar 16, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Halang tugas polis: Wanita Filipina dijel
Kota Kinabalu: Seorang wanita Filipina berumur 25 tahun pada Selasa dijatuhi hukuman penjara 20 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menghalang polis menjalankan tugas di pusat bandaraya dua bulan lalu.

Liza Nasir, seorang suri rumah, memberitahu mahkamah bahawa dia ingin menukar pengakuannya kepada bersalah terhadap pertuduhan itu semasa pengurusan kes pada Selasa.

Advertisement
Liza mengaku melakukan kesalahan itu terhadap Koperal Sarjuin Sirin dan Jeckson Michael pukul 10.15 pagi pada 11 Januari di hadapan pasar kraftangan, Jalan Tun Fuad Stephens.

Liza pada 18 Januari bersama seorang lagi tertuduh Mahathir Peer Muhamad, dibicarakan secara berasingan aras pertuduhan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Mahathir merupakan anak kepada Pengerusi MIC Sabah Peer Muhamad Kadir.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pada 16 Februari, Mahathir dipenjara tiga hari dan didenda RM2,000 atau sebulan penjara oleh mahkamah selepas mengaku bersalah atas kesalahan itu. Terdahulu, pegawai pendakwa Inspektor Kelvan Elson Maik ketika membentangkan fakta kes berkata, sebelum insiden itu, polis dimaklumkan mengenai pertengkaran antara sepasang suami isteri di Tanjung Aru kira-kira jam 10.15 pagi hari sama dan apabila polis tiba mereka menahan sebuah kereta dan mendapati terdapat lima orang di dalamnya, termasuk seorang wanita.

Advertisement
Individu di dalam kemudian disuruh turun dari kereta, kata Kelvan yang menambah pasangan itu kemudian menyerahkan dokumen pengenalan diri mereka kepada polis.

Dua daripada tiga lelaki lain bersama mereka memberitahu polis mereka tidak membawa dokumen mereka manakala pemandu, mendakwa MyKadnya berada di tempat duduk pemandu dan pergi kes sana untuk mengambilnya, mahkamah diberitahu.

Advertisement
Ketika polis sedang sibuk membuat pemeriksaan, wanita itu masuk ke dalam kereta dan duduk di tempat duduk penumpang hadapan.

Pemandu menghidupkan enjin kereta dan memandu tetapi salah seorang lelaki di luar, pantas melompat ke dalam kereta itu sebelum memecut lari, kata Kelvan.

Kejar mengejar kemudian berlaku, dengan polis mengekori kereta itu ke Jalan Tun Fuad Stephens yang sibuk di pusat bandaraya dan polis berjaya memberhentikan kereta itu di kawasan pasar Sinsuran tetapi kereta itu cuba mengundur secara berbahaya, hampir melanggar polis, lalu menyebabkan polis melepaskan tembakan ke arah tayar kereta untuk menghentikannya.

Kereta itu akhirnya berhenti di Lorong Dua Puluh, berhampiran Hotel Le Meridian di mana individu di dalam meninggalkan kereta itu dan melarikan diri dengan berjalan kaki ke arah Sinsuran, kata Kelvan.

Liza yang tidak diwakili merayu hukuman ringan.

Kelvan memohon hukuman setimpal dan memaklumkan mahkamah bahawa Liza ketika ini menjalani hukuman penjara empat bulan kerana tinggal di negeri itu tanpa dokumen sah.

Mahkamah memerintahkan Liza menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap dan dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here