Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Edar syabu: Warga Filipina diperintah bela diri
Published on: Saturday, March 19, 2022
Published on: Sat, Mar 19, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Edar syabu: Warga Filipina diperintah bela diri
Kota Kinabalu: Seorang warga Filipina berusia 43 tahun, yang didakwa mengedar 73.18 gram syabu, diperintah membela diri terhadap pertuduhan itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim membuat perintah itu ke atas Benhar Hasan pada Jumaat, memutuskan bahawa mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah mengemukakan bukti boleh dipercayai membuktikan setiap butir kesalahan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (DDA) 1952 yang, jika tidak disangkal atau tidak dijelaskan, akan mewajarkan sabitan.

Advertisement
Pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pemilikan sebenar dan kes prima facie pengedaran dengan menggunakan anggapan statutori pengedaran di bawah Seksyen 37 (da) (xvi) DDA berdasarkan berat dadah itu, kata Leonard.

Mahkamah menetapkan 20 Mei depan untuk pembelaan Benhar.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Benhar yang bekerja sendiri didakwa melakukan kesalahan itu pada 9.07 pagi, 12 Julai 2017 di stesen bas di Sipitang.

Pertuduhan terhadapnya membawa hukuman sama ada hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya 15 sebatan.

Advertisement
Peguam Faezah Abby Ibnu, yang mewakili Benhar, memberitahu mahkamah bahawa mereka akan memanggil seorang saksi dalam pembelaan.

Timbalan Pendakwa Raya Rozana Abdul Hadi telah memanggil enam saksi di peringkat pendakwaan.

Advertisement
Sementara menunggu tarikh itu, Benhar diarah direman lanjut.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 20 tahun yang bekerja sendiri didenda RM100 atau penjara sehari kerana memiliki telefon bimbit dipercayai dicuri.

Muhammad Khairul mengaku bersalah di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun atas tuduhan memiliki gajet itu yang gagal dijelaskan bagaimana dia memperolehnya.

Pertuduhan mengikut Seksyen 22A Ordinan Kesalahan Kecil memperuntukkan hukuman penjara RM100 atau sehingga tiga bulan, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Peguam Dilantik Lim Ming Zoong @ Lawrence, yang mewakili Muhammad, berkata tertuduh memilih untuk dijatuhkan hukuman serta-merta dan memohon hukuman ringan.

Pendakwaan dijalankan oleh Inspektor Albert Basiri.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here