Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Star Kapayan seru program bantuan dana di rumah ibadat diteruskan
Published on: Sunday, March 20, 2022
Published on: Sun, Mar 20, 2022
Text Size:
Text:
Star Kapayan seru program bantuan dana di rumah ibadat diteruskan
Gambar: istockphoto.com (Untuk Tujuan Ilustrasi Sahaja)
PENAMPANG: Kerajaan negeri diseru supaya meneruskan program bantuan dana kepada semua rumah ibadat, termasuk kuil dan tokong, seperti yang pernah dilaksanakan dalam kerajaan terdahulu.

Ketua Bahagian Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Kapayan, Jafery Jomion berkata, pihaknya menerima maklumat yang mendakwa bahawa Tokong Kuan Loon Tien, di sini, tidak menerima sebarang bantuan dari kerajaan sejak lebih dua tahun lalu.

Advertisement
“Pihak pengurusan tokong mendakwa mereka sudah tidak menerima dana peruntukan daripada kerajaan yang sebelum ini sebanyak RM20,000 disalurkan ke dalam akaun persatuan tokong berkenaan.

“Jadi saya mengharapkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak terlepas pandang apa saja jenis bantuan membabitkan rumah ibadat terutama di kawasan Kapayan ini walaupun wakil rakyatnya adalah dari DAP,” katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, bercakap mengenai sokongan pengundi di kawasan berkenaan, beliau yang juga Penasihat Kehormat tokong berkenaan berkata, ramai pengundi kaum Cina di kawasan itu sudah sedar dengan sikap pemimpin pembangkang yang sibuk berpolitik ketika ini.

“Hari ini, ramai pengundi kaum Cina yang bijaksana sudah sedar bahawa mana pemimpin yang mengutamakan perkhidmatan untuk menjaga keharmonian agama, pendidikan dan ekonomi berbanding pembangkang yang sibuk berpolitik, menfitnah serta tidak sehaluan.

Advertisement
“Ini dapat dibuktikan melalui sokongan kepada DAP/Pakatan Harapan (PH) yang telah hilang melalui siri Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka, Sarawak dan Johor baru-baru ini,” katanya.

Sehubungan itu, Jafery berkata, peluang untuk menawan hati pengundi kaum Cina yang melebihi 33 peratus daripada 30,000 lebih pengundi di Kapayan dilihat positif.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here