Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
150 individu dikompaun RM150,000 langgar SOP PPN
Published on: Sunday, March 20, 2022
Published on: Sun, Mar 20, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
150 individu dikompaun RM150,000 langgar SOP PPN
KUALA LUMPUR: Seramai 150 individu dikenakan kompaun berjumlah RM150,000 kerana disyaki tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Empat ketika berhibur di dua premis hiburan di Jalan Raja Chulan dan Jalan Bukit Bintang, di sini tengah malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 75 lelaki dan 75 wanita warga tempatan berusia lingkungan 18 hingga 65 tahun.

Advertisement
Beliau berkata selain 150 individu itu, polis turut menahan dua lelaki warga asing.

“Kesemua mereka disiasat mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (PPN) 2021 serta Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Hasil daripada pemeriksaan itu, polis telah buka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) atas kesalahan menganjurkan aktiviti kelab malam tanpa lesen yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Dellhan menasihatkan orang ramai agar terus mematuhi SOP yang telah dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara.

Advertisement
Beliau berkata pihaknya akan meningkatkan operasi dan pemeriksaan di pusat hiburan serta memantau kegiatan kelab malam yang jelas tidak dibenarkan di bawah PPN Fasa Empat.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here