Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Langkah intervensi pastikan harga makanan terkawal
Published on: Monday, March 21, 2022
Published on: Mon, Mar 21, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Langkah intervensi pastikan harga makanan terkawal
BELURAN: Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah intervensi bagi memastikan  konflik Rusia-Ukraine, tidak menjejaskan pengeluaran makanan dan mengawal harga bahan makanan di negara ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Beliau berkata antara langkah intervensi itu, termasuk menyediakan subsidi kepada beberapa bahan  makanan seperti ayam dan telur, bagi menghadapi sebarang faktor luar jangka akibat konflik dua negara tersebut.

Advertisement
“Kerajaan merupakan kerajaan yang prihatin. Kita (kerajaan) akur akan kenaikan harga kos yang di luar kawalan, menyebabkan kos pengeluaran bahan makanan di negara kita terkesan dan meningkat sedemikian rupa.

“Kerajaan mengambil pelbagai langkah dan intervensi jangka pendek dan panjang memastikan pengeluaran tidak terjejas dan mengawal kenaikan harga kepada pengguna disebabkan kenaikan kos input dari luar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan titian konkrit di Kampung Keniogan dekat sini pada Ahad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mengenai titian konkrit di Kampung Keniogan itu beliau berkata pembinaannya bermula 4 Mei tahun lepas dan siap 13 Mac, dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dengan kos hampir RM1 juta.

Ronald, juga Ahli Parlimen Beluran, berkata LKIM telah membaik pulih jeti di tiga lokasi lain di Beluran iaitu di Kampung Muanad 2, Kampung Seri Menanti dan Kampung Keramat, sementara 18 lagi jeti dan titian di sekitar kampung nelayan di Beluran sedang dalam perancangan untuk dibaik pulih, dinaik taraf atau dibina baharu, yang akan memberi kemudahan pendaratan ikan yang lebih baik.

Advertisement
Sempena program itu, Ronald turut meninjau rumah nelayan yang dibaik pulih di bawah Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) di Kampung Keniogan, yang merupakan sebahagian daripada 200 rumah nelayan yang telah dan sedang dibaik pulih oleh LKIM di Beluran, dengan peruntukan RM3 juta.

Katanya kerajaan melalui LKIM memperuntukkan lebih RM150 juta tahun ini, bagi menyediakan bantuan dan insentif kepada masyarakat nelayan seluruh negara merangkumi Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN), subsidi minyak fiesel dan petrol, dana nelayan, Tabung Bencana dan Kebajikan Nelayan, Projek Tanaman Kontan, Bantuan Projek Ekonomi Kumpulan Nelayan dan Program Bakul Makanan Nelayan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here