Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kerajaan Sabah diminta beri perhatian lima aspek
Published on: Tuesday, March 22, 2022
Published on: Tue, Mar 22, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kerajaan Sabah diminta beri perhatian lima aspek
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah diminta memberi perhatian kepada aspek menyediakan polisi, garis panduan dan terma perjanjian jelas dan terperinci bagi pelaburan yang diuruskan oleh Borneo Development Corporation (Sabah) Sdn Bhd menggunakan dana pinjaman perumahan.

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid (gambar) berkata ia merupakan syor yang diberikan menerusi Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri serta Pengauditan Pematuhan Jabatan/Agensi Negeri Sabah 2020.

Advertisement
“Ini bagi memastikan pelaporan baki pelaburan dan pendapatan faedah dalam penyata kewangan adalah tepat,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Laporan itu dibentang di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Isnin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata kerajaan negeri juga perlu menyediakan garis panduan pengurusan deposit am merangkumi tatacara penerimaan, bayaran balik, penyelenggaraan daftar subsidiari, penyediaan penyata penyesuaian, semakan dan pemantauan supaya baki akaun yang dilaporkan tepat.

Siasatan juga seharusnya dilakukan terhadap kesilapan bayaran berganda yang berlaku pada 2018 dan 2020 bagi mengenal pasti punca sebenar serta memastikan tindakan penambahbaikan dilaksanakan dengan segera selain mengutip amaun terlebih bayar, katanya.

Advertisement
“Kerajaan negeri juga perlu menyiasat ketidakakuran pengurusan bayaran tuntutan tertunggak sejak 2015 hingga 2019 yang tidak mempunyai baki peruntukan dan dibayar menggunakan pendahuluan diri di bawah Arahan Perbendaharaan 54.

“Kerajaan negeri harus menyelesaikan tuntutan bayaran pampasan tanah tertunggak melibatkan projek jalan raya Persekutuan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh hingga Ke-10 yang merupakan hak pemilik tanah serta mengelakkan kerugian akibat risiko perundangan,” katanya.

Advertisement
Nik Azman berkata sementara itu, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Sabah menunjukkan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember, 2020.

Laporan tersebut juga mendapati rekod perakaunannya juga telah diselenggara dengan teratur dan kemas kini.

Selain itu, sebanyak 323 atau 39.4 peratus projek pembangunan yang dirancang di Sabah didapati masih belum dilaksanakan.

Beliau berkata daripada keseluruhan 819 projek yang dirancang hanya 152 atau 18.6 peratus projek siap dilaksanakan manakala 344 atau 42 peratus projek lagi sedang dilaksanakan.

“Pada 2020, sejumlah RM1.22 bilion perbelanjaan pembangunan diluluskan (oleh kerajaan negeri Sabah) dan sejumlah RM880.13 juta atau 72.1 peratus telah dibelanjakan,” katanya.

Beliau berkata secara keseluruhannya, kedudukan kewangan kerajaan negeri adalah stabil walaupun Kumpulan Wang Disatukan mencatatkan penurunan sebanyak RM305.95 juta atau 9.4 peratus kepada RM2.947 bilion pada 2020, daripada RM3.253 bilion pada 2019.

Nik Azman berkata Akaun Hasil Disatukan pula mencatatkan kurangan RM934.63 juta, menurun sebanyak RM1.149 bilion atau 536.3 peratus, berbanding lebihan pada 2019 yang berjumlah RM214.24 juta.

Pada 2020, hasil yang dikutip oleh kerajaan negeri berjumlah RM3.591 bilion, susut sebanyak RM672.98 juta atau 15.8 peratus daripada kutipan hasil pada 2019 yang berjumlah RM4.264 bilion, katanya.

Beliau berkata Baki Pinjaman Boleh Dituntut meningkat RM129.85 juta atau 10.8 peratus daripada RM1.207 bilion pada 2019, kepada RM1.337 bilion pada 2020, manakala Jumlah Hutang Awam susut RM88.08 juta atau 3.2 peratus kepada RM2.656 bilion daripada RM2.744 bilion pada 2019.

“Pada akhir 2020, tunggakan hasil negeri mencatatkan peningkatan sebanyak RM32.84 juta atau 6.2 peratus kepada RM560.48 juta daripada tunggakan pada 2019 berjumlah RM527.64 juta,” katanya.

Beliau berkata selain itu pengauditan pematuhan jabatan/agensi negeri pada 2020 turut melibatkan perolehan kontrak membekal makanan harian bermasak di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah serta hasil syer Majlis Program Perumahan Rakyat di Majlis Perbandaran Sandakan dan Majlis Daerah Tuaran.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here