Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Guru besar didakwa beri kontrak kepada isteri, adik
Published on: Tuesday, March 22, 2022
Published on: Tue, Mar 22, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Guru besar didakwa beri kontrak kepada isteri, adik
Kota Kinabalu: Seorang guru besar didakwa atas 25 pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah dengan memberi beberapa kontrak berjumlah RM35,892.40 kepada ahli keluarganya.

Hussin Amid (gambar), 53, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat kepada semua pertuduhan terhadapnya pada Isnin.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama hingga ke-13, Hussin didakwa menggunakan jawatannya sebagai guru besar sebuah sekolah di Sepanggar dengan memilih Sien Trading milik isterinya untuk membekalkan peralatan bantuan belajar serta membeli jubah, tali leher dan sijil skrol untuk majlis graduasi sekolah.

Bagi tuduhan ke-14 hingga ke-25, dia didakwa menggunakan kedudukannya untuk memilih D’ Alma Enterprise milik adik lelakinya untuk membekalkan makanan kering dan basah bagi 17 murid sekolah berkenaan dari Mac hingga November 2019 dan turut membekalkan peralatan bantuan belajar untuk sekolah berkenaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan-kesalahan itu didakwa berlaku antara 10 Nov 2017 dan 31 Okt 2019 di sekolah berkenaan.

Kesalahan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 itu boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta yang sama, dan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan itu, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Mahkamah menetapkan 24 Mei depan untuk sebutan dan melepaskan Hussin dengan ikat jamin RM10,000 berdeposit RM6,000 dan seorang penjamin tempatan serta perlu melaporkan diri di pejabat SPRM dua kali sebulan.

Pegawai Pendakwa SPRM Nurul Izzati Sapiee hadir untuk pendakwaan, manakala peguam Hamid Ismail mewakili Hussin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here