Kota Kinabalu: Sebuah Proton X50 SUV akan menjadi rebutan sebagai salah satu hadiah pukulan selubang pada edisi kedua acara Golf Amal anjuran PJKAYS (Pertubuhan Jaringan Kebajikan Anak-Anak Yatim Sabah) Sabtu dan Ahad ini di Sutera Harbour Golf & Country Club di sini.Presidennya Datuk Eddie Abdullah berkata semasa sidang media pada Rabu bahawa kenderaan itu ditaja oleh Fook Loi Corporation (Sabah) Sdn Bhd, dengan cabaran itu akan diadakan di lubang 17.
Advertisement





