Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Syarikat miliki produk tidak berdaftar didenda RM5,000
Published on: Thursday, March 24, 2022
Published on: Thu, Mar 24, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Syarikat miliki produk tidak berdaftar didenda RM5,000
Kota Kinabalu: Sebuah syarikat didenda RM5,000 atau penjara sebulan kerana memiliki dua produk tidak berdaftar.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman itu kepada Total Reach Marketing Sdn Bhd selepas wakilnya mengaku bersalah kepada tuduhan terhadap syarikat itu.

Advertisement
Syarikat itu memiliki dua produk tidak berdaftar iaitu, Nature’s Gift C Complex (19 botol) dan Nature’s gift Spirulina.

Kesalahan itu berlaku pada pukul 11 pagi 24 September 2020 di premis syarikat di Plaza Tanjung Aru, di sini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan di bawah Peraturan 7 (1)(a) Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau denda sehingga RM25,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Semasa rayuan, wakil syarikat meminta hukuman ringan. Bagaimanapun, pihak pendakwaan menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal atas sebab produk tidak berdaftar itu mungkin memudaratkan kesihatan awam. Syarikat itu membayar denda tersebut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here