Kota Kinabalu: Mahkamah Tinggi pada 12 Mei akan menyampaikan keputusannya terhadap kes seorang pesara tentera berumur 49 tahun, yang didakwa mengedar 1,866 gram kanabis.
Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim menetapkan tarikh itu bagi Raja Mohd Nor Hasran Raja Mohd Nor.
Mohd Nor dituduh melakukan kesalahan itu pada pukul 11 pagi 21 April 2017 di tempat letak kereta bertentangan sebuah pejabat di kem Lok Kawi, dekat sini.
Tuduhan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 itu membawa hukuman sama ada hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekurang-kurangnya 15 sebatan, jika sabit kesalahan.
Pihak pendakwaan telah memanggil sembilan saksi untuk memberi keterangan pada peringkat pendakwaan.
Tertuduh diperintah reman lanjut kerana tuduhan terhadapnya tidak mempunyai peruntukan ikat jamin.
Dia diwakili oleh peguam PJ Perira dan Ariel Dasan.