Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
‘Rakyat Sabah berpendirian untuk bersama Malaysia’
Published on: Friday, March 25, 2022
Published on: Fri, Mar 25, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
‘Rakyat Sabah berpendirian untuk bersama Malaysia’
Kota Kinabalu: Rakyat Sabah telah memilih dan berpendirian untuk bersama-sama membentuk Malaysia, justeru tuntutan waris Kesultanan Sulu ke atas negeri itu tidak akan diiktiraf sama sekali, persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah diberitahu pada Khamis.

Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata sehubungan itu juga kerajaan negeri tidak pernah dan tidak akan mengiktiraf tuntutan tersebut.

Advertisement
“Rakyat negeri ini telah pun membuat keputusan untuk bersama-sama membentuk sebuah negara Malaysia berdaulat yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, rakyat mengambil pendirian tegas jadi kita tidak iktiraf sama sekali tuntutan itu.

“Pendirian ini cukup jelas dan tidak perlu dipolitikkan,” katanya ketika menggulung perbahasan ucapan dasar Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di sini, pada Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ketika penggulungan itu Datuk Ewon Benedick (Upko-Kadamaian) membuat celahan dan menyeru Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah tanpa mengira kerajaan atau pembangkang bersama menyokong Hajiji dan kerajaan negeri menolak tuntutan tersebut, disambut sokongan padu semua Adun.

Sementara itu, Hajiji berkata bagi mengukuhkan keselamatan di Sabah terutama di pantai timur, kerajaan Persekutuan bercadang menubuhkan satu lagi Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah yang ditempatkan di daerah Lahad Datu dan satu lagi batalion PGA di daerah Kunak.

Advertisement
Beliau berkata selain itu bakal diwujudkan Pos Kawalan Baharu PGA di Kuala Sungai Manalunan, Kinabatangan; dan Kuala Maruap, Lahad Datu; serta Forward Operational Base (FOB) di Pulau Banggi, Kudat dan Pulau Mabul, Semporna.

Dalam pada itu katanya berdasarkan Laporan Awal Banci Penduduk dan Perumahan Sabah Tahun 2020 seramai 810,443 penduduk negeri ini bukan warganegara dan angka itu mewakili 23.7 peratus daripada keseluruhan 3,418,785 orang penduduk Sabah.

Advertisement
“Kerajaan Negeri akan terus berusaha menangani isu-isu berkaitan pendatang asing yang telah berlarutan sejak sekian lama. Pada 16 Februari lepas kerajaan negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Peringkat Kabinet dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri ll (Datuk Dr Jeffrey Kitingan).

“Jawatankuasa ini akan mencari pendekatan terbaik dan seterusnya mengemukakan semua rekomendasi kepada Jemaah Menteri dalam tempoh tiga bulan,” katanya. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here